tulisan

tulisan

Tuesday, November 6, 2012

Sesaat kita terleka...

Sejak belakangan ni banyak terpampang di skrin laptop berkenaan ideologi-ideologi yang pelbagai, yang terus menerus mencabar kesyumulan ISLAM itu sendiri.
Kali ni terdetik untuk berbicara tentang isu lagu Jaclyn Victor 'Harapan Bangsa' yang mendapat perhatian dari seluruh genap masyarakat. Dipetik dari ISMAWEB :

 BANGI – ISMA menyifatkan penyebaran klip video lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor secara terbuka sebagai satu provokasi yang tidak sepatutnya berlaku. Menurut Naib Presiden 2 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni ketika ditemubual wartawan TV ISMA, pihak terbabit perlu berbalik kepada hasrat asal mereka yang ingin mensasarkan lagu tersebut hanya kepada golongan Kristian Sabah dan Sarawak dan tidak perlu disebarkan secara umum yang mampu menimbulkan kemarahan umat Islam. 
Beliau berkata, pelbagai tafsiran timbul berikutan isu yang berlaku seperti apa motif sebenar penyebaran tersebut dan adakah pihak terbabit tidak mengetahui akan sensitiviti umat Islam terhadap perkara sedemikian. Lagu ‘Harapan Bangsa’ itu dirakam sekitar tahun 2007 dan dicipta oleh seorang paderi khusus untuk penganut agama Kristian. Lirik lagu tersebut menggambarkan umat Islam turut melakukan apa yang disembah oleh penganut agama Kristian menerusi lirik ‘setiap suku, setiap kaum, dan setiap bangsa, kan menyembah di tahta (takhta) mu’. 
Jelas Ustaz Fauzi, semua pihak di negara ini perlu menghormati perlembagaan, status quo dan konsep negara yang secara realitinya meletakkan Islam sebagai agama negara. “Dalam konteks negara kita, ini sebenarnya suatu yang sensitif sebab dia mencabar status quo. Walaupun masyrakat majmuk, tapi negara ada konsep yang mesti dihormati.” Ustaz Fauzi menegaskan bahawa perkara ini seolah-olah satu cubaan untuk menyebarkan fahaman pluralisme agama yang membawa fahaman menyamaratakan semua agama dan usaha sebegini seharusnya ditentang.   

Ada yang menyangka betapa remehnya isu ini sehingga ianya tidak perlu diperbesar-besarkan jika dibandingkan diluar sana yang masih banyak lagi isu umat Islam yang perlu diutamakan...

Ada yang yakin bahawa iman mereka tidak akan dirobek dengan hanya mendengar lagu picisan ini..

Ada yang menyangkal bahawa lagu gereja ini tidak mampu untuk mempengaruhi umat Islam andai sudah kukuh aqidah dalam hati mereka...

Ada yang menyatakan bahawa badan-badan NGO Islam kurang menjalankan kerja dakwah mereka sehingga menyebabkan umat Islam lain dengan mudahnya mengikut ideologi-ideologi ini.

Betapa yakin kah kita bahawa lagu ini tidak mempengaruhi kita beragama Islam ini?

Sejauh mana kita yakin bahawa iman kita cukup kuat untuk menolak atau tidak terpengaruh dengan perkara2 yang mungkin dianggap remeh sedangkan Allahlah yang memegang hati kita..

Benar..

Andai kita yakin AQIDAH kita dah cukup kuat, sukar utk sesuatu perkara itu mempengaruhi kita..

Namun, sedarlah..

Bahawasanya IMAN ada turun naiknya..
Andai kita terleka walau sesaat, dengan pantasnya syaitan akan menyeludup masuk ke dalam hati kita..

Firman Allah s.w.t : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ” (Surah Al-Ankabut : 2,3) 

Bayangkan..
Jika lagu biasa pun kita mudah untuk hafal apabila mendengar berkali-kali..
Inikan pula lagu yang berunsur kristian..

Syaitan akan terus menerus mencucuk kita..
Sedangkan Allah sendiri telah nyatakan dalam Al-Quran bahawa jangan kita menghampiri zina..
Kerana Allah tahu perbuatan-perbuatan yang pada kaca mata manusia tidak memberi apa-apa mudarat, akhirnya akan menyebabkan manusia itu sendiri terjerumus ke dalam zina..

Samalah juga dalam konteks ini..
Mungkin hari ini kita nampak lagu ini tak memberi mudarat pada kita..
Tetapi, esok lusa bagaimana?

Pernahkah kita terfikir tentang orang lain?
Adakah kita yakin mereka pun kuat seperti kita?
Tidak risaukah kita apabila anak-anak pulang dari sekolah dan menyanyikan lagu gereja dihadapan kita?
Itulah dakyah mereka.. serangan pemikiran lebih berbisa dari serangan fizikal..
Tidak nampakkah kita?

Sesaat kita terleka..

Saturday, October 27, 2012

Saturday, September 1, 2012

'Assignment' Allah





Minggu ni rasa penat.
Tak pernah rasa penat macam ni.
Selama buat course architecture ni, minggu ni lah paling teruk rasa.
Dengan 4 submissions berturut-turut.
Ditambah lagi dengan batuk+selsema yang tak berhenti-henti.
Mungkin sebab badan tak cukup rehat.
Sakit pun makin menjadi.

Pelik.
Bila memikirkan kembali.
Malu pun ada.
Baru sedar.
Kita punya la bersungguh-sungguh.
Berusaha menyiapkan assignment.

Assignment yang lecturer bagi.
Berdoa minta dipermudahkan.
Moga cepat siap.
Moga dapat result bagus.

 Tapi....

Bila tiba masa 'assignment' Allah bagi.
Banyak pula alasan.
Banyak pula kerenah.
Banyak pula merungut.
Seboleh-bolehnya nak elak dari hadapinya.
Berdoa moga dielakkan dari terima 'assignment' tu.

".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." ( Yusuf :12) 

Tak malu ke?
Minta pada Dia yang memberi kita assignment.

Cuba bayangkan.
Jika kita minta lecturer kita jangan bagi kita assignment lagi.
Apa agaknya reaksi lecturer tu?
"macam mana nk berjaya, kalau awak tak buat assignment?"

Macam mana nk masuk syurga kalau awak tak hadapi 'assignment' Allah bagi?

 "Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (At-Taubah : 111) 

Risau?
Takut tak mampu?
Lecturer pun tahu kemampuan kita.
Sebab tu dia pun bagi assignment mengikut apa yg kita faham.

 " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," (Al-Baqarah : 286) 

Allah lagilah faham.
Faham kerenah hambaNya.
Bukan setakat luaran je.
Hati kita pun Allah tahu.

 " Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman," (Al-Imran : 139) 

 Lagi hebat dari lecturer kita, ye dak? 

"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal." (At-Taubah : 129)

Tuesday, December 13, 2011

Tarbiyah si mujahid kecil

Umur tarbiyah ku baru setahun jagung sedangkan umur sebenar ku sudah pun mencecah 21 tahun. ruginya diri ini kerana menghabiskan masa 20 tahun menjadi hamba kepada duniawi. rasa kerdilnya diri ini di hadapan Allah s.w.t. layakkah aku untuk bertemu denganNya mahupun bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. 20 tahun tanpa memahami tujuan utama hidup di dunia ini... sangat merugikan..

tidak mahu perkara sama berlaku pada adikku, Fahim Irsyad, sejak didalam kandungan lagi mama ku menerapkan ayat-ayat Al-Quran yang diperolehi menerusi buku 'Diari Hamil'. Diriku juga percaya anak kecil ini mampu mendengar segalanya dari dalam kandungan itu. Jadi, diriku juga cuba meletakkan earphone ke perut mama ku dengan yakinnya berharap Fahim akan mendengarnya. Jelas, setiap kali mama atau abah membaca Al-Quran, kami dapat merasakan yang Fahim diam sambil mendengar alunan ayat suci tersebut. Allah Maha Berkuasa. sejak dari dalam perut lagi Fahim telah ditarbiyah. Masha Allah.

 
kini Fahim sudah mencecah 8 bulan. saya amatlah mengikuti perkembangannya sejak dari umur 1 bulan lagi. melihat menerusi skype sahaja selama 7 bulan, cukup membuatkan saya sedar akan perubahan atau habit yang suka dilakukannya. Daripada habit yang suka menghisap jadi, bermain jari, sehingga ke habit suka membuat pelbagai bunyi keluar dari mulutnya. Subhanallah. kanak2 mudah untuk menerima sesuatu yang dilihat dari perlakuan abang-abang dan kakaknya dan kemudiannya mudah untuk meniru kembali.




Habit tersebut adalah perkara normal bagi semua bayi tetapi apa yang mengujakan saya adalah pentarbiyahan anak kecil ini. Apabila dari kecil lagi dia sudah didengari ayat-ayat suci Al-Quran, saya masih dapat melihat kesannya sekarang. Tiap kali azan berkumandang, Fahim yang sebentar tadi menangis boleh tiba-tiba diam dan dia pula bersuara seakan-akan turut mengalunkan azan. Apabila dibuka siaran tv Oasis ataupun Al-Hijrah yang selalu menayangkan zikir-zikir memuji kebesaran Allah, dia juga turut sama bersuara, berzikir sama. Masha Allah. Tenang hati ini mendengarnya. Dengan harapan pertarbiyahannya tidak berhenti apabila dia meningkat dewasa, saya cuba membiasakan dirinya melihat atau memperdengarkan ayat-ayat suci ini dan cuba menghindarinya dari melihat cartoon ataupun cerita-cerita yang tidak berfaedah. Semoga Allah terus melindungimu Fahim Irsyad, orang yang memahami petunjuk. 


Tuesday, December 6, 2011

Rahmat si anak kecil.

Buat pertama kali setelah 8 bulan berada di Australia saya menemui adik bongsu saya, Fahim Irsyad. Keluar dari arriving gate, saya menatap wajah Fahim dan terduduk sambil ketawa. Tidak percaya bahawa adik kecil yang didukung oleh mama itu adalah adik bongsu saya yang baru lahir bulan 3 tahun ni. Selepas salam mama dan abah, saya terus menciumnya dan cuba untuk meraih perhatiannya. Ramai orang tertanya-tanya sama ada Fahim menangis atau tak apabila melihat diri saya buat pertama kali. Jawapannya tak! Fahim kenal kakak dia yang dia selalu lihat through skype. Abang-abang Fahim yang jeles je akan cakap Fahim nangis. Sukanya hati ku ya Allah. Fahim langsung tak menangis malah dia tersenyum melihat saya dan yang kelakarnya dia tak berkelip-kelip merenung akaknya. Mungkin dia fikir "macam pernah je lihat muka kakak ni". Ye, Fahim. muka ni lah yang selalu kamu lihat kat skype sepanjang akakmu ini berada di Adelaide. Sepanjang berada di sisi keluarga ni, memang diakui, saya lebih tertumpu dalam menjaga Fahim kerana ini sahajalah waktu yang saya ada sebelum pulang kembali sebagai pelajar sepenuh masa di Adelaide sana. Jadi, seboleh-bolehnya saya gunakan masa ini untuk belajar menghargai anak kecil ini dan cuba untuk menerapkan sunnah dan hadis tentang anak-anak kepada Fahim.




Rahmat dan kasih-sayang Allah juga dapat dimiliki melalui kasih-sayang yang kita berikan kepada anak kecil. Inilah sebahagian hadis dan sunnah Rasulullah berkaitan anak kecil.

1. Abu Hurairah berkata, bahawa Nabi mencium Hasan bin Ali di mana ketika itu terdapat di sampingnya Al-Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-Aqra berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah kucium. Mendengarkan kata-katanya itu, Rasulullah memandangnya dengan rasa hairan lalu bersabda: Barang siapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi.

2. Satu rombongan orang Arab telah datang menemui Rasulullah. Mereka bertanya: Adakah kamu semua mencium anak-anak kamu?
Di antara mereka ada yang menjawab: Ya. Sebahagian daripada mereka menjawab, tetapi kami, demi Allah tidak pernah mencium mereka.
Mendengarkan kata-kata di antara mereka itu baginda Rasulullah bersabda: Adakah aku berupaya mencegah sekiranya Allah mencabut rahmat (kasih sayang-Nya) daripada kamu sekalian.

3. Dalam sebuah hadis daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah pernah mengambil anaknya yang bernama, Ibrahim lalu menciumnya.

4. Menurut keterangan sebuah hadis lain, hadis daripada Al-Barra’ bin Azib ia menyatakan bahawa dia pernah bersama Saidina Abu Bakar pada mula-mula ia datang ke Madinah dan berkunjung ke rumah Aisyah. Didapati bahawa Saidatina Aisyah kelihatan terbaring kerana diserang demam panas. Ia melihat Saidina Abu Bakar datang mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaanmu wahai anakku, sambil mencium pipinya.

Sungguh, rahmat Allah ada pada si kecil yang padanya bersih suci dari dosa.

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Sunday, November 13, 2011

Fakta tidur.

Salam alaik, setelah bercakap tentang pengalaman sendiri perihal tidur ni, saya nak share pula fakta tentang tidur yang sihat. Penulisan kali ini dipetik dari website http://www.fikrahislam.com/kesihatan/tidur-yang-sihat/. Sangat menarik kerana perkongsian ini lebih menyentuh aspek kesihatan dan saintifik. Semoga ianya bermanfaat kepada semua.

Sama saja (bagi Allah), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus terang dengannya ; dan siapa yang bersembunyi pada malam hari dan yang berjalan pada siang hari.” (al-Ra’d : 10)

“Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.” (al-An’am : 60)

“Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : 9-10)

Assalamualaikum kepada semua pembaca…
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan lagi untuk meneruskan topik kesihatan. Kali ini saya akan menceritakan mengenai tidur. 3 ayat-ayat al-Quran di atas berkenaan tentang tidur dan malam. Selain dari kita membaca, kita sebagai umat islam semestinya memahami dan menyelidik kandungan ayat-ayat yang telah Allah S.A.W turunkan kepada kita. Setiap ayat di dalam al-Quran pasti ada sebabnya mengapa diceritakan.
Mengapa setiap ayat menceritakan malam pasti ada menyentuh pasal kerehatan?

Tajuk kali ini adalah info terbaru yang saya dapat dari ceramah Dr Norhissam baru-baru ini di Kuantan, Pahang. Info ini adalah hasil kajian terkini yang dilakukan oleh beliau dan sahabat-sahabatnya. Melalui kajian mereka, tidur pada malam hari adalah untuk membantu dari segi kesihatan kita kerana siangnya telah bekerja. Malam adalah kerehatan untuk tubuh badan dan organ-organ kita. Tidur yang sihat adalah bermula jam 11 malam sehingga 3 pagi. Tambahan lagi tidur di antara jam 12 malam sehingga 1 pagi dinamakan tidur delta dan tidur 1 saat pada masa ini bersamaan tidur 45 minit waktu lain. Satu lagi masa yang disunatkan untuk tidur ialah jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

Penemuan lain ialah berkaitan dengan sakit. Pergerakan atau sukan yang berat di sebelah malam berisiko tinggi mendapat sudden death, strok dan sakit yang berkaitan di jantung. Contoh sukan yang berat seperti bermain futsal, bola sepak dan bola tampar. Di mana permainan yang menyebabkan pengeluaran peluh dan tenaga yang banyak. Masa untuk bersukan di dalam islam ialah sedikit selepas subuh dan selepas asar. Ini kerana pada masa itu enzym dan coenzym sangat aktif dan memerlukan pergerakan untuk metabolisme badan. Betapa Allah S.A.W menekankan malam adalah untuk kerehatan kerana telah ditetapkan olehNya badan berehat pada malam hari. Bukan kah kita boleh dikatakan kejam jika ”pekerja” yang perlu berehat selepas seharian bekerja dipaksa ”bekerja” pada malam harinya pula.

Untuk mendapatkan tidur yang betul-betul rehat adalah tidur di dalam keadaan gelap. Di mana beberapa hadis ada menceritakan mengenai perkara ini :

Dari Ibnu Umar, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Janganlah kalian meninggalkan api yang menyala ketika kalian tidur.” (HR. Bukhari no. 6293)

Dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Matikanlah lampu-lampu di waktu malam jika kalian hendak tidur dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian.” (HR. Bukhari no. 6296 dan Muslim no. 2012)

Demikianlah tinjauan Islam yang menyuruh umatnya untuk mematikan lampu di sekitarnya sebelum pergi tidur. Pada awalnya sunnah-sunnah tersebut dibuat demi keselamatan setiap orang sebagai pencegahan terjadinya kebakaran dan keselamatan diri dari tindakan yang mengundang niat jahat orang lain untuk memasuki rumah tanpa izin penghuninya. Namun ternyata, konsep Islam yang menyuruh tidur dalam keadaan lampu dimatikan ini sejajar dengan hasil penelitian saintifik tentang mekanisma yang sihat hanya terjadi jika seseorang tidur dalam keadaan tersebut. Tidur tanpa lampu dan gelap di waktu malam akan membuat tidur menjadi lebih nyenyak karana hanya dalam keadaan benar-benar gelaplah tubuh terangsang untuk menghasilkan hormon melatonin. Hormon inilah menyebabkan seseorang menjadi mengantuk di malam hari dan membuat tidur menjadi lelap.

Hormon melatonin (N-acetyl-5-metoksitriptamin) merupakan hormon pengatur utama seluruh hormon yang berfungsi mengatur dan memelihara (sistem jam biologi tubuh yang memegang peranan penting dalam mengatur saat untuk tidur dan bangun). Hormon melatonin sebagian besar dibuat oleh kelenjar pineal dan sebagian kecilnya dibuat di usus dan retina mata. Pengeluaran hormon melatonin dipengaruhi oleh cahaya lingkungan dan akan selalu bertambah banyak jika manusia berada dalam lingkungan yang gelap dan suasana hening namun pengeluarannya akan berkurang oleh rangsangan luar seperti sinar yang terang dan medan elektromagnetik. Contoh medan elektronik ialah datang dari handphone, televisyen dan radio. Makanya kita perlu jauhkan benda-benda ini semasa sedang tidur.

Kadar melatonin secara berangsur-angsur meningkat dan mencapai puncaknya tepat pada waktu tengah malam dan kemudian berangsur-ansur menurun hingga 2/3 malam. Saat tertidur nyenyak, maka tubuh akan fokus bekerja untuk proses perbaikan kerosakan jaringan sel dan mengaktifkan kerja otak menjadi lebih optimal.

“Hai orang-orang yang berselimut, bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (darinya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya, Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya, bangun di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya, kamu pada waktu siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).” (al-Muzzammil : 1-7)

pada jam 3 pagi, Islam menggalakkan umatnya bangun melakukan qiamullail. Ini kerana pada jam ini badan telah cukup rehatnya dan bersedia untuk melakukan kerjanya. Jika setiap hari anda boleh tidur awal dan bangun awal, anda berada pada tahap kesihatan yang baik. Contoh kisah yang dapat menjadi panduan, Salahuddin Al-Ayyubi memilih tentera barisah hadapan dari tentera-tentera yang dapat tidur awal dan bangun awal. Manakala tentera-tentera yang masih berdengkur di 2/3 malam, akan disuruh menjaga binatang-binatang di sebalik bukit. Tidak kira lah tentera itu berbadan besar mahupun kurus, apa yang dicari oleh Salahuddin ialah tentera yang dapat tidur awal dan bangun awal. Ini menunjukkan bahawa dengan mendapat tidur awal dan bangun awal, akan mendapat kekuatan rohani dan juga jasmani

Islam telah lama memberitahu kita mengenai kesihatan tidur di malam hari. Rasulullah S.W.A telah lama mengajar kita supaya tidur di dalam keadaan yang gelap. Disebabkan itu mengapa Allah menetapkan kita supaya berehat di malam hari dari melakukan pekerjaan yang membolehkan kemerosotan sistem badan kita. Seperti yang telah saya tekan kan, jika anda mendapat sakit, ingat, muhasabah diri datangnya sakit itu disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Namun begitu, jika anda telah menjaga diri anda dengan betul, dugaan sakit tetap diberikan, ingat lah Allah sedang memuliakan anda.

Tidur, itu fitrah manusia

Alhamdulillah! Bestnya perasaan setelah selesai hantar final submission for this sem and this year pada 9/11/2011. WAH! syukur alhamdulillah.. tersangatlaaa lega segala beban dah tiada. Cuma masa mula-mula submit tu macam tak ada perasaan bahagia sebab dah biasa sangat hantar assignment and then balik terus tido kepenatan sebab tak tidur semalaman. syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bernafas hari ni.. Tapi tiap kali tak tidur untuk siapkan assignment, otak mesti tak betul, kepala pening, badan sangatlah lenguh lagi-lagi kalau kerjanya buat model. Semua benda jadi tak kena. Kenapa ya? cuba fikir balik...

kerana tak tidur malam tu sudah melanggar fitrah manusia.

"Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki." (An-Naba’: 9 – 11).

Dalam Al-Quran pun dah dinyatakan bahawa kita memerlukan waktu tidur untuk merehatkan otak, badan dan seluruh anggota badan kita supaya bila bangun esok pagi, seluruh anggota badan dapat berfungsi dengan baik!

“Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.” (al-An’am : 60)

Ayat ini juga menunjukkan ada sebab Allah ciptakan siang dan malam dan setiap ciptaanNya diiringi dengan asbab yang sangat kukuh. Cuba kalau kita tukar waktu tidur ; waktu siang kita tidur, waktu malam kita bekerja. Adakah kesannya sama seperti yang Allah telah tetapkan? tentulah tidak. Walaupun situasinya sama tapi jika kita ubah walaupun sedikit, pasti akan memberi kesan yang lain terhadap diri kita. Even orang yang kerja shift malam dan tidur pula pada waktu siang, mesti terasa penat juga walaupun tidurnya cukup 6-8 jam.

Sama juga kalau kita buat kerja tanpa tidur semalaman dan lepas tu bila dah siap semua kerja tu baru kita nak tidur puas-puas atau 'top up' tidur. contohnya, tak tidur 7 jam. Lepas free baru nak ganti balik tidur 7 jam itu. Adakah dengan men'top up' tidur itu dapat mengembalikan tenaga yang semalaman tak tidur itu? Saya dah cukup berpengalaman dengan situasi begini. Mustahil untuk kita rasa segar kembali dengan menggantikan waktu tidur yang tertunggak sebelum ini. Saya tak boleh 'top up' tidur sebab ini akan membuatkan badan saya lagi lemah dan penat. Jadi, saya akan tidur cuma 2 jam untuk kembalikan tenaga saya bukan tidur sampai tak ingat dunia. Habis langgar semua waktu solat. Naudzubillahi minzalik~

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.

Nampak tak? Tidur sikit bawa kesan negatif, tidur banyak pun bawa kesan yang tidak sihat. Jadi, kenalah tidur dalam kadaran yang betul. Aturan Allah lebih indah dari aturan diri sendiri. Dah cantik Allah ciptakan waktu malam untuk berehat manakala waktu pagi untuk keluar bekerja. Bila kita dah langgar aturan Allah walau sedikit, pasti akan lead to another consequences. as reminder for myself and others. wallahu'alam.

Monday, October 10, 2011

Saturday, August 20, 2011

Allah is the best planner~

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 4 musim persekolahan semester ke-2. Kelas dah 4 kali berganti, assignment pula berkali-kali hantar. Macam ni la kehidupan pelajar Seni bina. mula je kelas dah dapat assignment. Bila cuti, rindu pula nak buat assignment.

Untuk sem 2 ni, subjek-subjek yang dipelajari berlainan sedikit daripada semester-semester sebelumnya. Kali ni ketiga-tiga subjek ni link together dan 2 drpd 3 subjek ni ialah subjek sejarah ; Landscape Architecture Histories and Theories & Architecture Histories and Theories. Oh, lagi la ngantuk sem ni.... Rezeki bila lagi satu tu subjek Design Studio, main-main buat kolaj, model dan lain2.

Nak dijadikan cerita bila dapat assignment for LAHT yg memerlukan kami sign up bila nk present. Ada 4 minggu kalau x silap. week 4 or 5 or 6 or 7. Jadinya saya decided to choose this week ; week 4 sebab tak nak tunggu lama2 nanti lagi stress bila tgk org lain dah present. Ini baru satu subjek. Bila pergi ke kelas ArcHT plak, rupa2nya ada debate. Oh noooo, presentation..again?? Again, debate ni pun kena choose which topic do I want and a week for me to debate is depends on which topic do I choose. So, saya dan Aain pun decide to choose week 4 since tajuk dia macam senang + dapat relax awal kalau habis kedua2 assignment awal.

Nak dijadikan cerita lagi, kami x dapat nak pilih tajuk tu sebab tutor bagi kat orang lain untuk isi dalam group list tu. Akhirnya tiba jua kertas itu di tangan saya apabila most of the lists dah diisi oleh classmates kami. Nak x nak kenalah ambil topic yg last sekali which is happen in week 6. Pasrah je la...

Bila difikir-fikir balik..
kenapa tutor tu tak bagi kat saya dan Aain isi dulu group list tu sedangkan kami pun duduk sebelah tutor tu je?
kenapa kami mesti dapat topic yang kami rasa susah dan perlu present pada minggu ke 6?
kenapa tidak pada minggu ke 4 yang topik ye lagi senang dan lebih faham?

Kebetulan saya dan Aain berfikir perkara yang sama...

YA! Allah yang tentukan segala-galanya. Boleh je kalau Allah nk bg kami dpt topik week 4 tu tapi kenapa still x dapat?

Sebab Allah knows the best...

Cuba bayangkan kalau debate tu dapat week 4 and at the same time, kena present utk subjek LAHT which is memerlukan research yg sangat banyak, tak ke pening? Nanti mula la menyesal dan bermacam-macam lagi perasan timbul.. oh, saya tak nak begitu... even present LAHT tu pun dah semput tak cukup masa nk buat apatah lagi jika kena debate pula. Hanya Allah yang tahu..

tak dapat dinafikan ada je kawan-kawan yang Allah beri ujian kepada mereka di mana mereka ada 3 submissions in a week for that 3 subjects. Oh, sesungguhnya Allah takkan uji mereka jika mereka tidak mampu dan sesungguhnya saya pasti tidak mampu untuk menerima ujian itu sebab itu saya tak dapat...

Lain orang lain ujiannya. itu yang mesti difahami oleh setiap muslim. Jika mereka blh faham ni, maka, tiadalah timbul isu di mana kenapa Allah tidak adil? kenapa asyik aku yang kena ujian? Astaghfirullahal'azim.. minta dijauhkan dari perasaan itu..

Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"-Riwayat Bukhari.

Bila disusun kembali tarikh-tarikh submission, sungguh rasa bersyukur.. Assignment setakat ni alhamdulillah disusun dengan cantik sekali olehNya di mana every week ada submission. week 4 : presentation LAHT, week 5 : group work - model, week 6 : debate ArcHT, week 7 : slide test dan week2 seterusnya..

Allah is the best planner..walau seteliti macam mana pun kita untuk merancang, pasti tidak dapat menandingi rancangan Allah.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
(al-Imran : 54)
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Thus, please keep in our mind that whatever happen, Allah knows the best and He is the best Planner..

Sunday, August 7, 2011

Rinduku padanya...

Ramadhan telah tiba malah sudah pun berlalu 7 hari berpuasa. Tahun ini, tahun kedua ku menyambut Ramadhan di Adelaide dan semestinya tahun kedua ini juga berbeza pengalamannya dari tahun pertama. Di sini ku mengenal erti Ramadhan yg bukan dengan hanya menahan lapar dan dahaga.Konsepnya amat luas, amat mendalam bagi mereka yang mengerti. Jika dulu, diri ini begitu gembira dgn kehadiran Syawal berbanding Ramadhan. Kini, diri ini lebih merasakan kemeriahan Ramadhan itu sendiri. Alhamdulillah. syukur kepada Allah kerana masih memberiku kesempatan dalam merasai kemanisan bulan yang penuh berkat ini.

Ketika menunaikan solat tarawih di Khalil Mosque, diri ini merasa sayu dengan bacaan imam walaupun tidak memahaminya walau sepatah perkataan. Suaranya mengingatkan ku kepada imam2 di Makkah.

"Mok wak gapo dio tu dok tido lagi nih. Pukul 2 pagi doh nih.."
"Meh la Jihaaa, teman mok, mok tgh tengok solat terawih kt Makkah ni.. sedak wei suara imam ni.."

Begitulah rutin harian nenek ku setiap kali menjelang Ramadhan, menonton solat tarawih di Masjidilharam melalui TV1. Kadang2 tu kalau larat, ku join sekali, kalau tak tidolah kat depan tv tu.

Itu dulu... beberapa tahun yang lalu, sewaktu diri ini masih berpeluang pulang ke kampung pada bulan Ramadhan.

Kini, pada Ramadhan tahun ini,
tiada lagi kelihatan insan yang duduk di hadapan tv, menonton solat tarawih di TV1...
tiada lagi kedengaran suara imam Masjidilharam di rumah itu, rumah yang amat kurindui, kampungku di Merchang...

kerana..
perginya insan yang amat ku sayangi.. perginya dia menghadap Ilahi..

Sungguh,
tiada kuasa yang lebih hebat dari kuasaNya..
Tiada pemilik yang lebih agung dariNya..
DariNya dia datang dan kepadaNyalah dia kembali..

Perginya dia tatkala cucunya ini leka bermain salji,
Perginya dia tatkala cucunya ini jauh dari pandangannya,
Perginya dia pada 8 Julai 2011, hari Jumaat, hari yang penuh keberkatan.

Aku redha,
Aku pasrah,
Inilah waktunya,
Waktu diriku diuji,
Allah tidak akan menguji hambanya tatkala diri ini tidak mampu menghadapinya..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286).

Allah knows the best.

“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”

Ya, mati itu pasti dan janji Allah itu benar.

"Mok, semoga kita berjumpa di syurga ye mok, insya Allah.
Jihah akan sentiasa doakan mok."

semoga Allah merahmati dan memberkati rohnya.
semoga arwah ditempatkan dalam golongan mereka yg beriman.....