tulisan

tulisan

Tuesday, December 13, 2011

Tarbiyah si mujahid kecil

Umur tarbiyah ku baru setahun jagung sedangkan umur sebenar ku sudah pun mencecah 21 tahun. ruginya diri ini kerana menghabiskan masa 20 tahun menjadi hamba kepada duniawi. rasa kerdilnya diri ini di hadapan Allah s.w.t. layakkah aku untuk bertemu denganNya mahupun bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. 20 tahun tanpa memahami tujuan utama hidup di dunia ini... sangat merugikan..

tidak mahu perkara sama berlaku pada adikku, Fahim Irsyad, sejak didalam kandungan lagi mama ku menerapkan ayat-ayat Al-Quran yang diperolehi menerusi buku 'Diari Hamil'. Diriku juga percaya anak kecil ini mampu mendengar segalanya dari dalam kandungan itu. Jadi, diriku juga cuba meletakkan earphone ke perut mama ku dengan yakinnya berharap Fahim akan mendengarnya. Jelas, setiap kali mama atau abah membaca Al-Quran, kami dapat merasakan yang Fahim diam sambil mendengar alunan ayat suci tersebut. Allah Maha Berkuasa. sejak dari dalam perut lagi Fahim telah ditarbiyah. Masha Allah.

 
kini Fahim sudah mencecah 8 bulan. saya amatlah mengikuti perkembangannya sejak dari umur 1 bulan lagi. melihat menerusi skype sahaja selama 7 bulan, cukup membuatkan saya sedar akan perubahan atau habit yang suka dilakukannya. Daripada habit yang suka menghisap jadi, bermain jari, sehingga ke habit suka membuat pelbagai bunyi keluar dari mulutnya. Subhanallah. kanak2 mudah untuk menerima sesuatu yang dilihat dari perlakuan abang-abang dan kakaknya dan kemudiannya mudah untuk meniru kembali.




Habit tersebut adalah perkara normal bagi semua bayi tetapi apa yang mengujakan saya adalah pentarbiyahan anak kecil ini. Apabila dari kecil lagi dia sudah didengari ayat-ayat suci Al-Quran, saya masih dapat melihat kesannya sekarang. Tiap kali azan berkumandang, Fahim yang sebentar tadi menangis boleh tiba-tiba diam dan dia pula bersuara seakan-akan turut mengalunkan azan. Apabila dibuka siaran tv Oasis ataupun Al-Hijrah yang selalu menayangkan zikir-zikir memuji kebesaran Allah, dia juga turut sama bersuara, berzikir sama. Masha Allah. Tenang hati ini mendengarnya. Dengan harapan pertarbiyahannya tidak berhenti apabila dia meningkat dewasa, saya cuba membiasakan dirinya melihat atau memperdengarkan ayat-ayat suci ini dan cuba menghindarinya dari melihat cartoon ataupun cerita-cerita yang tidak berfaedah. Semoga Allah terus melindungimu Fahim Irsyad, orang yang memahami petunjuk. 


Tuesday, December 6, 2011

Rahmat si anak kecil.

Buat pertama kali setelah 8 bulan berada di Australia saya menemui adik bongsu saya, Fahim Irsyad. Keluar dari arriving gate, saya menatap wajah Fahim dan terduduk sambil ketawa. Tidak percaya bahawa adik kecil yang didukung oleh mama itu adalah adik bongsu saya yang baru lahir bulan 3 tahun ni. Selepas salam mama dan abah, saya terus menciumnya dan cuba untuk meraih perhatiannya. Ramai orang tertanya-tanya sama ada Fahim menangis atau tak apabila melihat diri saya buat pertama kali. Jawapannya tak! Fahim kenal kakak dia yang dia selalu lihat through skype. Abang-abang Fahim yang jeles je akan cakap Fahim nangis. Sukanya hati ku ya Allah. Fahim langsung tak menangis malah dia tersenyum melihat saya dan yang kelakarnya dia tak berkelip-kelip merenung akaknya. Mungkin dia fikir "macam pernah je lihat muka kakak ni". Ye, Fahim. muka ni lah yang selalu kamu lihat kat skype sepanjang akakmu ini berada di Adelaide. Sepanjang berada di sisi keluarga ni, memang diakui, saya lebih tertumpu dalam menjaga Fahim kerana ini sahajalah waktu yang saya ada sebelum pulang kembali sebagai pelajar sepenuh masa di Adelaide sana. Jadi, seboleh-bolehnya saya gunakan masa ini untuk belajar menghargai anak kecil ini dan cuba untuk menerapkan sunnah dan hadis tentang anak-anak kepada Fahim.




Rahmat dan kasih-sayang Allah juga dapat dimiliki melalui kasih-sayang yang kita berikan kepada anak kecil. Inilah sebahagian hadis dan sunnah Rasulullah berkaitan anak kecil.

1. Abu Hurairah berkata, bahawa Nabi mencium Hasan bin Ali di mana ketika itu terdapat di sampingnya Al-Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-Aqra berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah kucium. Mendengarkan kata-katanya itu, Rasulullah memandangnya dengan rasa hairan lalu bersabda: Barang siapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi.

2. Satu rombongan orang Arab telah datang menemui Rasulullah. Mereka bertanya: Adakah kamu semua mencium anak-anak kamu?
Di antara mereka ada yang menjawab: Ya. Sebahagian daripada mereka menjawab, tetapi kami, demi Allah tidak pernah mencium mereka.
Mendengarkan kata-kata di antara mereka itu baginda Rasulullah bersabda: Adakah aku berupaya mencegah sekiranya Allah mencabut rahmat (kasih sayang-Nya) daripada kamu sekalian.

3. Dalam sebuah hadis daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah pernah mengambil anaknya yang bernama, Ibrahim lalu menciumnya.

4. Menurut keterangan sebuah hadis lain, hadis daripada Al-Barra’ bin Azib ia menyatakan bahawa dia pernah bersama Saidina Abu Bakar pada mula-mula ia datang ke Madinah dan berkunjung ke rumah Aisyah. Didapati bahawa Saidatina Aisyah kelihatan terbaring kerana diserang demam panas. Ia melihat Saidina Abu Bakar datang mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaanmu wahai anakku, sambil mencium pipinya.

Sungguh, rahmat Allah ada pada si kecil yang padanya bersih suci dari dosa.

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Sunday, November 13, 2011

Fakta tidur.

Salam alaik, setelah bercakap tentang pengalaman sendiri perihal tidur ni, saya nak share pula fakta tentang tidur yang sihat. Penulisan kali ini dipetik dari website http://www.fikrahislam.com/kesihatan/tidur-yang-sihat/. Sangat menarik kerana perkongsian ini lebih menyentuh aspek kesihatan dan saintifik. Semoga ianya bermanfaat kepada semua.

Sama saja (bagi Allah), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus terang dengannya ; dan siapa yang bersembunyi pada malam hari dan yang berjalan pada siang hari.” (al-Ra’d : 10)

“Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.” (al-An’am : 60)

“Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : 9-10)

Assalamualaikum kepada semua pembaca…
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan lagi untuk meneruskan topik kesihatan. Kali ini saya akan menceritakan mengenai tidur. 3 ayat-ayat al-Quran di atas berkenaan tentang tidur dan malam. Selain dari kita membaca, kita sebagai umat islam semestinya memahami dan menyelidik kandungan ayat-ayat yang telah Allah S.A.W turunkan kepada kita. Setiap ayat di dalam al-Quran pasti ada sebabnya mengapa diceritakan.
Mengapa setiap ayat menceritakan malam pasti ada menyentuh pasal kerehatan?

Tajuk kali ini adalah info terbaru yang saya dapat dari ceramah Dr Norhissam baru-baru ini di Kuantan, Pahang. Info ini adalah hasil kajian terkini yang dilakukan oleh beliau dan sahabat-sahabatnya. Melalui kajian mereka, tidur pada malam hari adalah untuk membantu dari segi kesihatan kita kerana siangnya telah bekerja. Malam adalah kerehatan untuk tubuh badan dan organ-organ kita. Tidur yang sihat adalah bermula jam 11 malam sehingga 3 pagi. Tambahan lagi tidur di antara jam 12 malam sehingga 1 pagi dinamakan tidur delta dan tidur 1 saat pada masa ini bersamaan tidur 45 minit waktu lain. Satu lagi masa yang disunatkan untuk tidur ialah jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

Penemuan lain ialah berkaitan dengan sakit. Pergerakan atau sukan yang berat di sebelah malam berisiko tinggi mendapat sudden death, strok dan sakit yang berkaitan di jantung. Contoh sukan yang berat seperti bermain futsal, bola sepak dan bola tampar. Di mana permainan yang menyebabkan pengeluaran peluh dan tenaga yang banyak. Masa untuk bersukan di dalam islam ialah sedikit selepas subuh dan selepas asar. Ini kerana pada masa itu enzym dan coenzym sangat aktif dan memerlukan pergerakan untuk metabolisme badan. Betapa Allah S.A.W menekankan malam adalah untuk kerehatan kerana telah ditetapkan olehNya badan berehat pada malam hari. Bukan kah kita boleh dikatakan kejam jika ”pekerja” yang perlu berehat selepas seharian bekerja dipaksa ”bekerja” pada malam harinya pula.

Untuk mendapatkan tidur yang betul-betul rehat adalah tidur di dalam keadaan gelap. Di mana beberapa hadis ada menceritakan mengenai perkara ini :

Dari Ibnu Umar, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Janganlah kalian meninggalkan api yang menyala ketika kalian tidur.” (HR. Bukhari no. 6293)

Dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Matikanlah lampu-lampu di waktu malam jika kalian hendak tidur dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian.” (HR. Bukhari no. 6296 dan Muslim no. 2012)

Demikianlah tinjauan Islam yang menyuruh umatnya untuk mematikan lampu di sekitarnya sebelum pergi tidur. Pada awalnya sunnah-sunnah tersebut dibuat demi keselamatan setiap orang sebagai pencegahan terjadinya kebakaran dan keselamatan diri dari tindakan yang mengundang niat jahat orang lain untuk memasuki rumah tanpa izin penghuninya. Namun ternyata, konsep Islam yang menyuruh tidur dalam keadaan lampu dimatikan ini sejajar dengan hasil penelitian saintifik tentang mekanisma yang sihat hanya terjadi jika seseorang tidur dalam keadaan tersebut. Tidur tanpa lampu dan gelap di waktu malam akan membuat tidur menjadi lebih nyenyak karana hanya dalam keadaan benar-benar gelaplah tubuh terangsang untuk menghasilkan hormon melatonin. Hormon inilah menyebabkan seseorang menjadi mengantuk di malam hari dan membuat tidur menjadi lelap.

Hormon melatonin (N-acetyl-5-metoksitriptamin) merupakan hormon pengatur utama seluruh hormon yang berfungsi mengatur dan memelihara (sistem jam biologi tubuh yang memegang peranan penting dalam mengatur saat untuk tidur dan bangun). Hormon melatonin sebagian besar dibuat oleh kelenjar pineal dan sebagian kecilnya dibuat di usus dan retina mata. Pengeluaran hormon melatonin dipengaruhi oleh cahaya lingkungan dan akan selalu bertambah banyak jika manusia berada dalam lingkungan yang gelap dan suasana hening namun pengeluarannya akan berkurang oleh rangsangan luar seperti sinar yang terang dan medan elektromagnetik. Contoh medan elektronik ialah datang dari handphone, televisyen dan radio. Makanya kita perlu jauhkan benda-benda ini semasa sedang tidur.

Kadar melatonin secara berangsur-angsur meningkat dan mencapai puncaknya tepat pada waktu tengah malam dan kemudian berangsur-ansur menurun hingga 2/3 malam. Saat tertidur nyenyak, maka tubuh akan fokus bekerja untuk proses perbaikan kerosakan jaringan sel dan mengaktifkan kerja otak menjadi lebih optimal.

“Hai orang-orang yang berselimut, bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (darinya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya, Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya, bangun di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya, kamu pada waktu siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).” (al-Muzzammil : 1-7)

pada jam 3 pagi, Islam menggalakkan umatnya bangun melakukan qiamullail. Ini kerana pada jam ini badan telah cukup rehatnya dan bersedia untuk melakukan kerjanya. Jika setiap hari anda boleh tidur awal dan bangun awal, anda berada pada tahap kesihatan yang baik. Contoh kisah yang dapat menjadi panduan, Salahuddin Al-Ayyubi memilih tentera barisah hadapan dari tentera-tentera yang dapat tidur awal dan bangun awal. Manakala tentera-tentera yang masih berdengkur di 2/3 malam, akan disuruh menjaga binatang-binatang di sebalik bukit. Tidak kira lah tentera itu berbadan besar mahupun kurus, apa yang dicari oleh Salahuddin ialah tentera yang dapat tidur awal dan bangun awal. Ini menunjukkan bahawa dengan mendapat tidur awal dan bangun awal, akan mendapat kekuatan rohani dan juga jasmani

Islam telah lama memberitahu kita mengenai kesihatan tidur di malam hari. Rasulullah S.W.A telah lama mengajar kita supaya tidur di dalam keadaan yang gelap. Disebabkan itu mengapa Allah menetapkan kita supaya berehat di malam hari dari melakukan pekerjaan yang membolehkan kemerosotan sistem badan kita. Seperti yang telah saya tekan kan, jika anda mendapat sakit, ingat, muhasabah diri datangnya sakit itu disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Namun begitu, jika anda telah menjaga diri anda dengan betul, dugaan sakit tetap diberikan, ingat lah Allah sedang memuliakan anda.

Tidur, itu fitrah manusia

Alhamdulillah! Bestnya perasaan setelah selesai hantar final submission for this sem and this year pada 9/11/2011. WAH! syukur alhamdulillah.. tersangatlaaa lega segala beban dah tiada. Cuma masa mula-mula submit tu macam tak ada perasaan bahagia sebab dah biasa sangat hantar assignment and then balik terus tido kepenatan sebab tak tidur semalaman. syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bernafas hari ni.. Tapi tiap kali tak tidur untuk siapkan assignment, otak mesti tak betul, kepala pening, badan sangatlah lenguh lagi-lagi kalau kerjanya buat model. Semua benda jadi tak kena. Kenapa ya? cuba fikir balik...

kerana tak tidur malam tu sudah melanggar fitrah manusia.

"Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki." (An-Naba’: 9 – 11).

Dalam Al-Quran pun dah dinyatakan bahawa kita memerlukan waktu tidur untuk merehatkan otak, badan dan seluruh anggota badan kita supaya bila bangun esok pagi, seluruh anggota badan dapat berfungsi dengan baik!

“Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.” (al-An’am : 60)

Ayat ini juga menunjukkan ada sebab Allah ciptakan siang dan malam dan setiap ciptaanNya diiringi dengan asbab yang sangat kukuh. Cuba kalau kita tukar waktu tidur ; waktu siang kita tidur, waktu malam kita bekerja. Adakah kesannya sama seperti yang Allah telah tetapkan? tentulah tidak. Walaupun situasinya sama tapi jika kita ubah walaupun sedikit, pasti akan memberi kesan yang lain terhadap diri kita. Even orang yang kerja shift malam dan tidur pula pada waktu siang, mesti terasa penat juga walaupun tidurnya cukup 6-8 jam.

Sama juga kalau kita buat kerja tanpa tidur semalaman dan lepas tu bila dah siap semua kerja tu baru kita nak tidur puas-puas atau 'top up' tidur. contohnya, tak tidur 7 jam. Lepas free baru nak ganti balik tidur 7 jam itu. Adakah dengan men'top up' tidur itu dapat mengembalikan tenaga yang semalaman tak tidur itu? Saya dah cukup berpengalaman dengan situasi begini. Mustahil untuk kita rasa segar kembali dengan menggantikan waktu tidur yang tertunggak sebelum ini. Saya tak boleh 'top up' tidur sebab ini akan membuatkan badan saya lagi lemah dan penat. Jadi, saya akan tidur cuma 2 jam untuk kembalikan tenaga saya bukan tidur sampai tak ingat dunia. Habis langgar semua waktu solat. Naudzubillahi minzalik~

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.

Nampak tak? Tidur sikit bawa kesan negatif, tidur banyak pun bawa kesan yang tidak sihat. Jadi, kenalah tidur dalam kadaran yang betul. Aturan Allah lebih indah dari aturan diri sendiri. Dah cantik Allah ciptakan waktu malam untuk berehat manakala waktu pagi untuk keluar bekerja. Bila kita dah langgar aturan Allah walau sedikit, pasti akan lead to another consequences. as reminder for myself and others. wallahu'alam.

Monday, October 10, 2011

Saturday, August 20, 2011

Allah is the best planner~

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 4 musim persekolahan semester ke-2. Kelas dah 4 kali berganti, assignment pula berkali-kali hantar. Macam ni la kehidupan pelajar Seni bina. mula je kelas dah dapat assignment. Bila cuti, rindu pula nak buat assignment.

Untuk sem 2 ni, subjek-subjek yang dipelajari berlainan sedikit daripada semester-semester sebelumnya. Kali ni ketiga-tiga subjek ni link together dan 2 drpd 3 subjek ni ialah subjek sejarah ; Landscape Architecture Histories and Theories & Architecture Histories and Theories. Oh, lagi la ngantuk sem ni.... Rezeki bila lagi satu tu subjek Design Studio, main-main buat kolaj, model dan lain2.

Nak dijadikan cerita bila dapat assignment for LAHT yg memerlukan kami sign up bila nk present. Ada 4 minggu kalau x silap. week 4 or 5 or 6 or 7. Jadinya saya decided to choose this week ; week 4 sebab tak nak tunggu lama2 nanti lagi stress bila tgk org lain dah present. Ini baru satu subjek. Bila pergi ke kelas ArcHT plak, rupa2nya ada debate. Oh noooo, presentation..again?? Again, debate ni pun kena choose which topic do I want and a week for me to debate is depends on which topic do I choose. So, saya dan Aain pun decide to choose week 4 since tajuk dia macam senang + dapat relax awal kalau habis kedua2 assignment awal.

Nak dijadikan cerita lagi, kami x dapat nak pilih tajuk tu sebab tutor bagi kat orang lain untuk isi dalam group list tu. Akhirnya tiba jua kertas itu di tangan saya apabila most of the lists dah diisi oleh classmates kami. Nak x nak kenalah ambil topic yg last sekali which is happen in week 6. Pasrah je la...

Bila difikir-fikir balik..
kenapa tutor tu tak bagi kat saya dan Aain isi dulu group list tu sedangkan kami pun duduk sebelah tutor tu je?
kenapa kami mesti dapat topic yang kami rasa susah dan perlu present pada minggu ke 6?
kenapa tidak pada minggu ke 4 yang topik ye lagi senang dan lebih faham?

Kebetulan saya dan Aain berfikir perkara yang sama...

YA! Allah yang tentukan segala-galanya. Boleh je kalau Allah nk bg kami dpt topik week 4 tu tapi kenapa still x dapat?

Sebab Allah knows the best...

Cuba bayangkan kalau debate tu dapat week 4 and at the same time, kena present utk subjek LAHT which is memerlukan research yg sangat banyak, tak ke pening? Nanti mula la menyesal dan bermacam-macam lagi perasan timbul.. oh, saya tak nak begitu... even present LAHT tu pun dah semput tak cukup masa nk buat apatah lagi jika kena debate pula. Hanya Allah yang tahu..

tak dapat dinafikan ada je kawan-kawan yang Allah beri ujian kepada mereka di mana mereka ada 3 submissions in a week for that 3 subjects. Oh, sesungguhnya Allah takkan uji mereka jika mereka tidak mampu dan sesungguhnya saya pasti tidak mampu untuk menerima ujian itu sebab itu saya tak dapat...

Lain orang lain ujiannya. itu yang mesti difahami oleh setiap muslim. Jika mereka blh faham ni, maka, tiadalah timbul isu di mana kenapa Allah tidak adil? kenapa asyik aku yang kena ujian? Astaghfirullahal'azim.. minta dijauhkan dari perasaan itu..

Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"-Riwayat Bukhari.

Bila disusun kembali tarikh-tarikh submission, sungguh rasa bersyukur.. Assignment setakat ni alhamdulillah disusun dengan cantik sekali olehNya di mana every week ada submission. week 4 : presentation LAHT, week 5 : group work - model, week 6 : debate ArcHT, week 7 : slide test dan week2 seterusnya..

Allah is the best planner..walau seteliti macam mana pun kita untuk merancang, pasti tidak dapat menandingi rancangan Allah.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
(al-Imran : 54)
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Thus, please keep in our mind that whatever happen, Allah knows the best and He is the best Planner..

Sunday, August 7, 2011

Rinduku padanya...

Ramadhan telah tiba malah sudah pun berlalu 7 hari berpuasa. Tahun ini, tahun kedua ku menyambut Ramadhan di Adelaide dan semestinya tahun kedua ini juga berbeza pengalamannya dari tahun pertama. Di sini ku mengenal erti Ramadhan yg bukan dengan hanya menahan lapar dan dahaga.Konsepnya amat luas, amat mendalam bagi mereka yang mengerti. Jika dulu, diri ini begitu gembira dgn kehadiran Syawal berbanding Ramadhan. Kini, diri ini lebih merasakan kemeriahan Ramadhan itu sendiri. Alhamdulillah. syukur kepada Allah kerana masih memberiku kesempatan dalam merasai kemanisan bulan yang penuh berkat ini.

Ketika menunaikan solat tarawih di Khalil Mosque, diri ini merasa sayu dengan bacaan imam walaupun tidak memahaminya walau sepatah perkataan. Suaranya mengingatkan ku kepada imam2 di Makkah.

"Mok wak gapo dio tu dok tido lagi nih. Pukul 2 pagi doh nih.."
"Meh la Jihaaa, teman mok, mok tgh tengok solat terawih kt Makkah ni.. sedak wei suara imam ni.."

Begitulah rutin harian nenek ku setiap kali menjelang Ramadhan, menonton solat tarawih di Masjidilharam melalui TV1. Kadang2 tu kalau larat, ku join sekali, kalau tak tidolah kat depan tv tu.

Itu dulu... beberapa tahun yang lalu, sewaktu diri ini masih berpeluang pulang ke kampung pada bulan Ramadhan.

Kini, pada Ramadhan tahun ini,
tiada lagi kelihatan insan yang duduk di hadapan tv, menonton solat tarawih di TV1...
tiada lagi kedengaran suara imam Masjidilharam di rumah itu, rumah yang amat kurindui, kampungku di Merchang...

kerana..
perginya insan yang amat ku sayangi.. perginya dia menghadap Ilahi..

Sungguh,
tiada kuasa yang lebih hebat dari kuasaNya..
Tiada pemilik yang lebih agung dariNya..
DariNya dia datang dan kepadaNyalah dia kembali..

Perginya dia tatkala cucunya ini leka bermain salji,
Perginya dia tatkala cucunya ini jauh dari pandangannya,
Perginya dia pada 8 Julai 2011, hari Jumaat, hari yang penuh keberkatan.

Aku redha,
Aku pasrah,
Inilah waktunya,
Waktu diriku diuji,
Allah tidak akan menguji hambanya tatkala diri ini tidak mampu menghadapinya..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286).

Allah knows the best.

“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”

Ya, mati itu pasti dan janji Allah itu benar.

"Mok, semoga kita berjumpa di syurga ye mok, insya Allah.
Jihah akan sentiasa doakan mok."

semoga Allah merahmati dan memberkati rohnya.
semoga arwah ditempatkan dalam golongan mereka yg beriman.....

Wednesday, July 27, 2011

Mencari cinta

Mencari Cinta
Artist: Saujana

Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Thursday, July 21, 2011

WASIAT IMAM SYAFIE

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1. HAK KEPADA DIRI
mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4.  HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI S.A.W
berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH SWT
mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Thursday, June 9, 2011

Iman, Akhlak mulia dan Amal. apakah hubungan mereka?

Iman berkait rapat dengan akhlak mulia. Akhlak mulia pula berkait rapat dgn amal. Amal juga berkait rapat dengan iman. Senang kata iman, berakhlak mulia dan amal sangat berkait rapat antara satu sama lain.

Erti iman, akhlak mulia dan amal.

Iman bermaksud percaya dan membenarkan. Seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Akhlak mulia pula bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang baik berpandukan Al-Quran dan sunnah. Ia juga memberi erti melakukan sesuatu yang baik secara spontan.

Amal pula ertinya perbuatan atau tingkah laku menggunakan anggota badan.

Apa hubungannya?

Akhlak mulia adalah refleksi yang baik terhadap iman. Apabila sempurna iman seseorang itu, maka sempurnalah akhlaknya. Tinggi imannya, tinggilah akhlaknya. Sabda Rasulullah Saw.:

”Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya” (HR. al-Tirmidzî).

Pernyataan Mahathma Ghandi ini adalah menarik untuk kita jadikan bahan refleksi bersama tentang hubungan yang erat antara iman dan akhlak mulia:
”Sesungguhnya agama dan akhlak mulia merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Keduanya tidak dapat berpisah satu sama lain. Keduanya merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dibagi-bagi. Agama bagaikan ruh bagi akhlak dan akhlak seperti udara bagi ruh. Dengan ungkapan lain: Agama memupuk akhlak, menumbuhkan dan menyegarkannya. Seperti halnya air memberi makan dan menumbuhkan tanaman.”
Apabila sempurna iman, akhlak mulia terbentuk, maka, zahirlah kedua-duanya melalui amal yang dilakukannya. Sabda Rasulullah s.a.w :
”Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal seorang Mukmin pada hari kiamat dari akhlak yang baik” (HR. al-Tirmidzî)

Jelas di sini bahawa Allah juga melihat amal seseorang itu berdasarkan akhlak yang dimiliki which is asalnya juga dari iman yang kukuh. Jika dilihat realiti kehidupan, mereka yang memiliki iman yang kukuh, sukar untuk lihat mereka melakukan perbuatan yang bertentangan dengan suruhan Allah. Secara logiknya, mereka percaya dgn yakin pada Allah dan tahu apa itu amar makruf nahi mungkar tapi mereka masih melakukan kejahatan. Mungkin logik mungkin tidak tapi apa yang saya faham, kenyataan ini ada logiknya kerana yang seperti kita ketahui, iman ada turun naiknya. Possible je untuk mereka melakukan kejahatan dikala iman mereka turun. Bila iman kita ditahap rendah, kita rasa malas nak buat walaupun sekecil-kecil kebaikan (seperti sapu sampah, bantu kawan) dan bila iman kita ditahap tinggi (contohnya selepas usrah atau daurah dan sebagainya), kita rasa semangat untuk melakukan kebaikan. Muslim yang selalu melakukan kejahatan tetapi tiba-tiba melakukan walau sekecil-kecil kebaikan itu juga menandakan masih ada iman dalam hati mereka. Ini juga menguatkan lagi kefahaman tentang hubungan antara iman, akhlak mulia dan amal. Amalam baik yang diterima Allah ialah amalan yang berdasarkan al-Quran dan sunnah dan dilakukan secara spontan tanpa berfikir berulang kali. Kita tidak akan dapat menzahirkan amalan baik yg kita lakukan tanpa sifat akhlak mulia yang lahir dari iman yang kukuh tersebut. Beramal kerana-Nya dan itulah sebaik-baik amal. Wallahu’alam. Disediakan oleh Najihah Adnan

Sunday, April 10, 2011

Diam lebih baik dari berkata-kata

"DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA"

benarkah begitu?
di mana kesahihannya?
apakah penafsirannya sesuai dgn situasi semasa?

kata-kata ini sungguh memberi banyak penafsiran.

situasi 1 : mengumpat, berkata-kata hal yg tiada faedahnya

sangat perlu untuk berdiam diri kan? kalau berkata-kata kita pula yang dapat dosa atas bersubahat.

situasi 2 : menegakkan kebenaran

perlu ke kita berdiam diri sedangkan kita mengetahui kebenarannya? kalau diam sahaja kita juga dikira bersuhabat kerana tidak menyatakan kebenaran.

situasi 3 : bersoal balas dgn orang yang ingin menambah pengetahuan.

sangatlah perlu untuk kita berkata-kata. kalau berdiam diri seolah-olah kita tak mahu share ilmu yg kita ada. amalkan hadith Rasulullah SAW:"sampaikan kepadaku walau sepotong ayat".

situasi 4 : bersoal balas dengan orang yang ingin menimbulkan keraguan.

macam mana ni ye? perlu ke kita berkata-kata? kalau berkata-kata, mcm-mcm dia tanya sehinggakan kita pun x mampu nak jawab dan mungkin akan rosak hati kita bila memikirkan perkara yg x sepatutnya kita fikir. TAPI kalau diam je, nanti dia kata kita pengecut, x cukup ilmu, x nak kongsi ilmu. jadi, macam mana tu???

Allah maha mengetahui.

Allah. Allah. Allah.
ya Allah, hari ini hambaMu diuji lagi.
apa yang harus ku jawab ya Allah.
ilmu ku tentang agamaMu amatlah sedikit dibandingkan dgn pengetahuanMu.
akulah insan yang lemah.
tidak berdaya membantu sahabatku yang seakan-akan rakus dgn persoalan agama.
tetapi adakah tindakannya benar ya Allah.
atau adakah aku yang bersalah kerana kurangnya pengetahuan ttg agamaMu ya Rabbi.
perlukah aku membalasnya? bila aku membalasnya dikatakannya aku salah menafsir dirinya.
bagaimana harus aku fahami diri manusia ini ya Allah. khilafnya diriku ini ya Allah.
aku cuba sedaya upaya untuk memahamkannya. salahkah aku ya Allah?
adakah aku terlalu mengambil serius hal-hal agama sehinggakan dia overestimate diriku. salahkah ape yang aku lakukan ini ya Allah?
dah lama ku x rasa sedih begini ya Allah..
sudah sekian lama aku x rasa begini ya Allah.
bagaimana harus ku tempuhi liku-liku perjalanan di Malaysia nanti ya Allah.
Engkaulah yang maha mengetahui.

Saturday, April 9, 2011

mazhab?

salam alaik.

ya Allah, dah lama tak meletakkan jari-jemari di keyboard untuk menaip di laman sesawang www.blogger.com ini. maha suci Allah kerana masih lagi diberi nikmat untuk menaip di sini.

aseef kerana x update pasal ceramah Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz kerana nota-nota ceramah tersebut tertinggal di Malaysia. Kalau cakap dari apa yang saya igt takut salah pula faktanya. Insya Allah, ada masa akan recap balik kata-kata ustaz tersebut.

Ok. nak cerita kisah semalam (9/04/2011). Saya di'add' dalam group sek lama saya dan saya pun lihatlah post-post terdahulu. tiba di satu post ni, sangat banyak komen. macam menarik je. pelbagai soalan ditanya mengenai aqidah. bila baca komen yang terakhir sekali, timbul persoalan berkaitan mazhab. katanya,

"kenapa mesti ade 4 mazhab yg muktabar kt dunia??cuba rungkaikan kt aku..Rasulullah sebarkan kt 1 dunia dgn hanya berbekalkan 1 je..kenapa mesti wujud fahaman2 yg berbeza??"

agak terpana sebentar bila membaca soalan tersebut. tidak pernah terlintas di hati saya untuk mempersoalkan perkara ini apatah lagi untuk menjawabnya. Lantas, saya terus merujuk kepada seseorang yang boleh dipercayai mempunyai ilmu yang mendalam tentang hal ini.

Langkah-langkah untuk membalas persoalan berkaitan agama :

1. Memastikan dahulu jenis orang yang bertanya (yang betul-betul mahu belajar atau yang hanya mahu menimbulkan keraguan )
2. Kenali jantina yang bertanya.
3. Jika tahu background org tersebut pun ok juga.
4. Baru menjawab soalan mereka.

Langkah-lanagkah ini perlu supaya gaya bahasa atau cara yg kita guna sesuai dgn org yg bertanya tersebut.

Jawapan yang diberi oleh sahabat itu sangat membantu dalam memahaminya. Even saya yang x pernah terfikir soalan itu pun berasa syukur kerana diberi peluang utk mengetahuinya. Subhanallah. ini ada jawapan dari sahabat kita itu. saya copy and paste je la.


Mungkin banyak pertanyaan akan timbul apabila dibincangkan persoalan bermazhab, khususnya dalam bab fiqih, ibadah seperti dalam menunaikan solat, zakat, haji dan yang lain-lain.

Ada beberapa aspek yang dapat kita lihat:

1. Kekuatan ilmu asas dalam memahami nas-nas al-Quran dan al-Hadis (pendapat peribadi saya berdasarkan respon yang pernah disebutkan para ustaz)

Tanpa dinafikan, kesemua nas itu merupakan dalam bahasa Arab. Bahasa Arab bahasa yang kaya dengan keindahan bahasa. Dalam nak memahami nas-nas tersebut, maka kekuatan dan kepakaran bahasa Arab adalah amat mustahak. Dalam bahasa Arab, perbezaan satu huruf, perbezaan tanda fathah, kasrah, dan lain-lain (dalam sebutan) sudah pun membawa makna berbeza.

Maka, keempat-empat imam yang muktabar itu kita tidak ragui punyai kepakaran dalam bahasa Arab dan juga ilmu asas dalam memahami nas-nas tersebut. Wujud mazhab adalah kerana perbezaan pendapat dalam memahami nas-nas yang mempunyai ruang untuk berbeza pendapat.

Maka, adakah kita selaku orang bukan Arab (ajam) yang tidak fasih berbahasa Arab dan tidak punyai kepakaran dalam ilmu ushul fiqh mampu memahami kesemua nas tersebut dengan kemampuan sendiri yang amat terbatas?

2. Kepentingan bermazhab adalah bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah. (Ustaz Farid Ravi, 21 Januari 2011)

(Bacaan lanjut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm)

3. Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu. (Blog Ustaz Nazrul Nasir, 9 Januari 2011)

(Bacaan lanjut: http://nazrulnasir.blogspot.com/2011/01/mengapa-tidak-terus-minum-daripada.html)

4. Sepakat ulama-ulama Usul (untuk diiktiraf ulama usul mereka mesti mahir quran & sunnah dan penafsirannya) mengatakan mazhab orang-orang awam ialah mazhab muftinya, kerana sekiranya didatangkan dalil kepada orang-orang awam, dia tidak tahu sahihnya atau dhaifnya; atau dia tidak tahu cara penghujahannya; dan dia juga tidak tahu nasikh atau mansukh. Akhirnya dia juga terpaksa bertaqlid dengan ustaz-ustaz untuk bertanya mana sahih, dan yang mana dhaif; atau bertanya maksudnya. Maka muqallid jugalah tu, Cuma berubah dari taqlid Imam-Imam mazhab kepada taqlid ustaz itu. (Ustaz Dr Asmadi)

(Bacaan lanjut: http://jomfaham.blogspot.com/2009/11/hukum-mengikut-mazhab-wajib.html)

wallahu'alam. jzkk kepada sahabat tersebut.

Sunday, February 20, 2011

pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata

"Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat."
(HR. Ar-Rabii’)


Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

"Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (HR. Muslim)

"Duduk bersama para ulama adalah ibadah." (HR. Ad-Dailami)

Syukur ya Allah kerana hingga ke hari ini aku masih bernyawa..
masih menghirup udara yakni nikmatmu yang paling besar manfaatnya..
ditakdirkan oleh-Mu kepadaku satu lagi pengalaman..
pengalaman yang sukar diungkap dengan hanya melalui kata-kata..
pengalaman berjumpa dengan alim ulama' yang bukan calang-calang orangnya..
Beliau ialah Al-Fahil Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz..

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

H.R. Muslim

Berdasarkan hadis di atas jelaslah mengapa saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan para alim ulama'. Merekalah yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu dengan sejelas-jelasnya kepada orang ramai. Dengan ini, lahirlah da'ie-da'ie dan rijal yang akan membantu meneruskan perjuangan mereka dalam menyampaikan ilmu. Maka, tiada sebab bagi orang ramai untuk memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka selagi masih ada lagi kewujudan alim ulama.' Namun, hilangnya alim ulama' di muka bumi amat sukar dicari ganti. Untuk melahirkan rijal2 bagi menggantikannya tidaklah mustahil namun, pasti ia mengambil masa yang lama dan dalam masa tersebut pasti macam-macam yang boleh berlaku. Semoga Allah terus melindungi alim ulama' dan umat Islam.

Ilmu tanpa amal sangatlah berbahaya.

Jadi, bila dah dapat ilmu tu kenalah beramal dan berkongsi dengan sahabat-sahabat kita.

"Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu dirahasiakannya maka dia akan datang pada hari kiamat dengan kendali (di mulutnya) dari api neraka."
(HR. Abu Dawud)

"Seorang ulama yang tanpa amalan seperti lampu membakar dirinya sendiri (Bererti amal perbuatan harus sesuai dengan ajaran-ajarannya)."
(HR. Ad-Dailami)

"Sedikit ilmu lebih baik dari banyak ibadah. Cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri."
(HR. Ath-Thabrani)

insya Allah akan dikongsi bersama segala yang diperolehi sepanjang ceramah tersebut..
jangan lupa, niat tu penting. Lillahi ta'ala...

"Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka."
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Saturday, February 19, 2011

my 20th birthday. unforgettable memory

19 nov - celebrating my birthday!

pengalaman yang pastinya takkan dilupakan.. bukan semua orang blh dapat pengalaman ni..


alkisahnya, pagi 19 nov tu kena pergi Hospital Kulai untuk buat follow check up for my dislocated elbow
*yg berlaku kt Adelaide-bas tiba-tiba break* . Alhamdulillah, ada kenalan mak kt hosp tu so x payah la nak tunggu lama. Tiba kat bahagian x-ray, saya pun masuk ler ke bilik x-ray. Ada dua orang abang yg bertugas time tuh. Dia pun suruh saya letak tangan dan belek2 kertas x-ray. Kemudian dia kata,

"19 nov?birthday awak hari ni?selamat hari jadi..dah dapat hadiah ape je hari ni?hadiah x-ray?kesiannya awak..nak abang nyanyikan lagu untuk awak ker?lagu melayu ke english?"

walaupun bagi orang lain mungkin situasi ni x memberi ape2 kesan tp bg saya, saya sgt appreciate jika ada orang *especially org yg baru dikenali* wish birthday saya. X perlu hadiah pun. cukup dgn ucapan yg ikhlas.

Niat yang ikhlas lebih ikhlas dari kata-kata yang jujur *tp x ikhlas*

Jaulah Summer

Mari imbas kembali aktiviti-aktiviti yang dah dilakukan sepanjang cuti Summer di Malaysia!
NOVEMBER 2010
14 : selamat pulang ke Malaysia! pengembaraan bermula!!
.................................. duduk di rumah. spend time with family.............................................

DISEMBER 2010
19 -27 : berangkat ke Brunei bersama-sama Anne dan Y. kami melawat Masjid Omar Ali Saifuddin, Yayasan Sultan Haji Hasanal Bolkiah, Kampung Air, Universiti Brunei Darussalam, Empire Hotel, Taman Peranginan Tasik, Masjid Jame' Asr Hasanil Bolkiah, pantai muara, Tapak Kota Batu 1, Makam Diraja Sultan Bolkiah, Pusat Dakwah Islamiah, Istana Nurul Iman *tengok dari luar je*,
Taman Arca ( Sculpture Garden), Regalia (tempat simpan alat-alat kebesaran diraja) dan tak lupa juga pergi mengunjung ke rumah darat + air. Bahagian depan atas tanah, belakang dah atas air. Sangat nyaman especially dapat kenal kawan2 dari Brunei dan belajar loghat mereka.

JANUARI 2011
11-16 : Jaulah Summer dan Jalinan Ukhuwwah (14-16jan). Kami berjaulah ke Seremban, rumah Ustaz Halim, ke rumah Ustazah Norlida. Kemudian ke Bangi, tumpang rumah akhawat Bangi, ke Aman Palestin bersama Ustaz Abdullah Zaik, PKNS Bangi dan terus mendaftarkan diri dalam program Jalinan Ukhuwah di Dusun Eco Resort, Bentong. Program selama 3 hari 2 malam sangat memberi banyak impak dan kesedaran dalam diri saya. Insya Allah, lepas ni akan cuba untuk perbaiki diri ke arah amar makruf nahi mungkar.
29 : Menghadiri Konvensyen Memperingati 500 tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (1511-2011). Konvensyen ini sangat best dengan kehadiran shif-shif kehormat dan turut membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan jati diri melayu. Soalan2 yang diajukan sangat menjangkaui pemahaman diri dalam sejarah melayu di Malaysia.

FEBRUARI 2011
3-6 : Pulang ke kampung Felda Bersia, Grik, Perak bersama-sama paktam sekeluarga dan abang. Dapat jumpa adik2 yang comel. Semua dah besar dah sekarang. Nauroh Fawzani, Izzah Faqehah semua dah petah berkata-kata. Agaknya balik hujung tahun ni dah blh berlari dah Nauroh tu. Geram dan sedih dapat jumpa mereka sekejap je. :(

9-13 : Pulang ke kampung Alur Tembesu, Merchang, Terengganu bersama abang. Again, dapat jumpa adik2 comel Alif Afham dan Afiq Amsyar. Afiq tu dah la belum pernah jumpa lagi sebab dia lahir after fly ke Adel. bila mula2 jumpa tu ingat dah x nak kat org dah. rupa2nya ok je dia. tp biasalah kadang2 mood x baik, semua org dia xnk. Alif plak sebelum fly, dia pandai senyum, merangkak je. Balik baru2 ni dia dah pandai berlari dah. Gigi pun dah penuh. geram3.. insya Allah ada jodoh kita jumpa lagi ye..

20-21 : coming soon... akan pergi ke selangor. Duduk rumah pok long. 21hb tu nak pergi Bandar Utama, melawat KBU, Centre Point, Kedai Nasi Lemak Pak Lah
*nak jumpa wawa dan keluarga especially adik baru wawa*, Kedai makan Tanjung *sekarang ni dah tukar nama Fauzana* dan tempat terakhir semestinya, One Utama! tempat yang selalu kami lepak masa buat Ausmat kt KBU. agak2nya makcik, pakcik yang jual kt dalm OU tu kenal lagi x kami? kui3


24-25 : destinasi terakhir saya dan inilah pengakhiran jaulah summer saya. Pulang ke Adelaide, transit dari Melbourne. Balik bersama-sama Pija, Sue, ahli-ahli Paradise - kak mus, kak naima, kak izyan, kak fatiha, dan kak asmak
. ramai juga balik sama2 24hb tu. oh tak lupa juga, Azreen pun balik skali dgn kami! x sangka plak dia flight sama. Saya dan Azreen akan naik flight yg sama dari senai-lcct-melbourne! yeayy..ramai kawan!

Tu la serba sedikit tentang perjalanan kehidupan saya dalam pengembaraan musim panas.
*tapi msia hujan sampai tahap banjir dah*

Semoga Allah memberkati setiap perjalanan dan aktiviti-aktiviti saya sepanjang 3 bulan ini...

I'm back! REASON(s)??

Yes, I'm back!

why?

Feel bored...

Follow my heart...

Enough with Facebook..

Try something new?

It's a special request from someone..
asking me to write a travelog..
Travelog about my journey throughout my Summer Break.
Lantas terus memikirkan blog yang terkapai-kapai hanyut selama 2 tahun ni..

Baru ada kekuatan nak tulis semula..
Terima kasih kepadanya..
Penyumbang idea..
Pemberi semangat..

dialah KAK RAUDHAH..