tulisan

tulisan

Thursday, June 9, 2011

Iman, Akhlak mulia dan Amal. apakah hubungan mereka?

Iman berkait rapat dengan akhlak mulia. Akhlak mulia pula berkait rapat dgn amal. Amal juga berkait rapat dengan iman. Senang kata iman, berakhlak mulia dan amal sangat berkait rapat antara satu sama lain.

Erti iman, akhlak mulia dan amal.

Iman bermaksud percaya dan membenarkan. Seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Akhlak mulia pula bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang baik berpandukan Al-Quran dan sunnah. Ia juga memberi erti melakukan sesuatu yang baik secara spontan.

Amal pula ertinya perbuatan atau tingkah laku menggunakan anggota badan.

Apa hubungannya?

Akhlak mulia adalah refleksi yang baik terhadap iman. Apabila sempurna iman seseorang itu, maka sempurnalah akhlaknya. Tinggi imannya, tinggilah akhlaknya. Sabda Rasulullah Saw.:

”Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya” (HR. al-Tirmidz├«).

Pernyataan Mahathma Ghandi ini adalah menarik untuk kita jadikan bahan refleksi bersama tentang hubungan yang erat antara iman dan akhlak mulia:
”Sesungguhnya agama dan akhlak mulia merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Keduanya tidak dapat berpisah satu sama lain. Keduanya merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dibagi-bagi. Agama bagaikan ruh bagi akhlak dan akhlak seperti udara bagi ruh. Dengan ungkapan lain: Agama memupuk akhlak, menumbuhkan dan menyegarkannya. Seperti halnya air memberi makan dan menumbuhkan tanaman.”
Apabila sempurna iman, akhlak mulia terbentuk, maka, zahirlah kedua-duanya melalui amal yang dilakukannya. Sabda Rasulullah s.a.w :
”Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal seorang Mukmin pada hari kiamat dari akhlak yang baik” (HR. al-Tirmidz├«)

Jelas di sini bahawa Allah juga melihat amal seseorang itu berdasarkan akhlak yang dimiliki which is asalnya juga dari iman yang kukuh. Jika dilihat realiti kehidupan, mereka yang memiliki iman yang kukuh, sukar untuk lihat mereka melakukan perbuatan yang bertentangan dengan suruhan Allah. Secara logiknya, mereka percaya dgn yakin pada Allah dan tahu apa itu amar makruf nahi mungkar tapi mereka masih melakukan kejahatan. Mungkin logik mungkin tidak tapi apa yang saya faham, kenyataan ini ada logiknya kerana yang seperti kita ketahui, iman ada turun naiknya. Possible je untuk mereka melakukan kejahatan dikala iman mereka turun. Bila iman kita ditahap rendah, kita rasa malas nak buat walaupun sekecil-kecil kebaikan (seperti sapu sampah, bantu kawan) dan bila iman kita ditahap tinggi (contohnya selepas usrah atau daurah dan sebagainya), kita rasa semangat untuk melakukan kebaikan. Muslim yang selalu melakukan kejahatan tetapi tiba-tiba melakukan walau sekecil-kecil kebaikan itu juga menandakan masih ada iman dalam hati mereka. Ini juga menguatkan lagi kefahaman tentang hubungan antara iman, akhlak mulia dan amal. Amalam baik yang diterima Allah ialah amalan yang berdasarkan al-Quran dan sunnah dan dilakukan secara spontan tanpa berfikir berulang kali. Kita tidak akan dapat menzahirkan amalan baik yg kita lakukan tanpa sifat akhlak mulia yang lahir dari iman yang kukuh tersebut. Beramal kerana-Nya dan itulah sebaik-baik amal. Wallahu’alam. Disediakan oleh Najihah Adnan