tulisan

tulisan

Sunday, August 7, 2011

Rinduku padanya...

Ramadhan telah tiba malah sudah pun berlalu 7 hari berpuasa. Tahun ini, tahun kedua ku menyambut Ramadhan di Adelaide dan semestinya tahun kedua ini juga berbeza pengalamannya dari tahun pertama. Di sini ku mengenal erti Ramadhan yg bukan dengan hanya menahan lapar dan dahaga.Konsepnya amat luas, amat mendalam bagi mereka yang mengerti. Jika dulu, diri ini begitu gembira dgn kehadiran Syawal berbanding Ramadhan. Kini, diri ini lebih merasakan kemeriahan Ramadhan itu sendiri. Alhamdulillah. syukur kepada Allah kerana masih memberiku kesempatan dalam merasai kemanisan bulan yang penuh berkat ini.

Ketika menunaikan solat tarawih di Khalil Mosque, diri ini merasa sayu dengan bacaan imam walaupun tidak memahaminya walau sepatah perkataan. Suaranya mengingatkan ku kepada imam2 di Makkah.

"Mok wak gapo dio tu dok tido lagi nih. Pukul 2 pagi doh nih.."
"Meh la Jihaaa, teman mok, mok tgh tengok solat terawih kt Makkah ni.. sedak wei suara imam ni.."

Begitulah rutin harian nenek ku setiap kali menjelang Ramadhan, menonton solat tarawih di Masjidilharam melalui TV1. Kadang2 tu kalau larat, ku join sekali, kalau tak tidolah kat depan tv tu.

Itu dulu... beberapa tahun yang lalu, sewaktu diri ini masih berpeluang pulang ke kampung pada bulan Ramadhan.

Kini, pada Ramadhan tahun ini,
tiada lagi kelihatan insan yang duduk di hadapan tv, menonton solat tarawih di TV1...
tiada lagi kedengaran suara imam Masjidilharam di rumah itu, rumah yang amat kurindui, kampungku di Merchang...

kerana..
perginya insan yang amat ku sayangi.. perginya dia menghadap Ilahi..

Sungguh,
tiada kuasa yang lebih hebat dari kuasaNya..
Tiada pemilik yang lebih agung dariNya..
DariNya dia datang dan kepadaNyalah dia kembali..

Perginya dia tatkala cucunya ini leka bermain salji,
Perginya dia tatkala cucunya ini jauh dari pandangannya,
Perginya dia pada 8 Julai 2011, hari Jumaat, hari yang penuh keberkatan.

Aku redha,
Aku pasrah,
Inilah waktunya,
Waktu diriku diuji,
Allah tidak akan menguji hambanya tatkala diri ini tidak mampu menghadapinya..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286).

Allah knows the best.

“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”

Ya, mati itu pasti dan janji Allah itu benar.

"Mok, semoga kita berjumpa di syurga ye mok, insya Allah.
Jihah akan sentiasa doakan mok."

semoga Allah merahmati dan memberkati rohnya.
semoga arwah ditempatkan dalam golongan mereka yg beriman.....

No comments:

Post a Comment