tulisan

tulisan

Sunday, November 13, 2011

Fakta tidur.

Salam alaik, setelah bercakap tentang pengalaman sendiri perihal tidur ni, saya nak share pula fakta tentang tidur yang sihat. Penulisan kali ini dipetik dari website http://www.fikrahislam.com/kesihatan/tidur-yang-sihat/. Sangat menarik kerana perkongsian ini lebih menyentuh aspek kesihatan dan saintifik. Semoga ianya bermanfaat kepada semua.

Sama saja (bagi Allah), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus terang dengannya ; dan siapa yang bersembunyi pada malam hari dan yang berjalan pada siang hari.” (al-Ra’d : 10)

“Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.” (al-An’am : 60)

“Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : 9-10)

Assalamualaikum kepada semua pembaca…
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan lagi untuk meneruskan topik kesihatan. Kali ini saya akan menceritakan mengenai tidur. 3 ayat-ayat al-Quran di atas berkenaan tentang tidur dan malam. Selain dari kita membaca, kita sebagai umat islam semestinya memahami dan menyelidik kandungan ayat-ayat yang telah Allah S.A.W turunkan kepada kita. Setiap ayat di dalam al-Quran pasti ada sebabnya mengapa diceritakan.
Mengapa setiap ayat menceritakan malam pasti ada menyentuh pasal kerehatan?

Tajuk kali ini adalah info terbaru yang saya dapat dari ceramah Dr Norhissam baru-baru ini di Kuantan, Pahang. Info ini adalah hasil kajian terkini yang dilakukan oleh beliau dan sahabat-sahabatnya. Melalui kajian mereka, tidur pada malam hari adalah untuk membantu dari segi kesihatan kita kerana siangnya telah bekerja. Malam adalah kerehatan untuk tubuh badan dan organ-organ kita. Tidur yang sihat adalah bermula jam 11 malam sehingga 3 pagi. Tambahan lagi tidur di antara jam 12 malam sehingga 1 pagi dinamakan tidur delta dan tidur 1 saat pada masa ini bersamaan tidur 45 minit waktu lain. Satu lagi masa yang disunatkan untuk tidur ialah jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

Penemuan lain ialah berkaitan dengan sakit. Pergerakan atau sukan yang berat di sebelah malam berisiko tinggi mendapat sudden death, strok dan sakit yang berkaitan di jantung. Contoh sukan yang berat seperti bermain futsal, bola sepak dan bola tampar. Di mana permainan yang menyebabkan pengeluaran peluh dan tenaga yang banyak. Masa untuk bersukan di dalam islam ialah sedikit selepas subuh dan selepas asar. Ini kerana pada masa itu enzym dan coenzym sangat aktif dan memerlukan pergerakan untuk metabolisme badan. Betapa Allah S.A.W menekankan malam adalah untuk kerehatan kerana telah ditetapkan olehNya badan berehat pada malam hari. Bukan kah kita boleh dikatakan kejam jika ”pekerja” yang perlu berehat selepas seharian bekerja dipaksa ”bekerja” pada malam harinya pula.

Untuk mendapatkan tidur yang betul-betul rehat adalah tidur di dalam keadaan gelap. Di mana beberapa hadis ada menceritakan mengenai perkara ini :

Dari Ibnu Umar, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Janganlah kalian meninggalkan api yang menyala ketika kalian tidur.” (HR. Bukhari no. 6293)

Dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Matikanlah lampu-lampu di waktu malam jika kalian hendak tidur dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian.” (HR. Bukhari no. 6296 dan Muslim no. 2012)

Demikianlah tinjauan Islam yang menyuruh umatnya untuk mematikan lampu di sekitarnya sebelum pergi tidur. Pada awalnya sunnah-sunnah tersebut dibuat demi keselamatan setiap orang sebagai pencegahan terjadinya kebakaran dan keselamatan diri dari tindakan yang mengundang niat jahat orang lain untuk memasuki rumah tanpa izin penghuninya. Namun ternyata, konsep Islam yang menyuruh tidur dalam keadaan lampu dimatikan ini sejajar dengan hasil penelitian saintifik tentang mekanisma yang sihat hanya terjadi jika seseorang tidur dalam keadaan tersebut. Tidur tanpa lampu dan gelap di waktu malam akan membuat tidur menjadi lebih nyenyak karana hanya dalam keadaan benar-benar gelaplah tubuh terangsang untuk menghasilkan hormon melatonin. Hormon inilah menyebabkan seseorang menjadi mengantuk di malam hari dan membuat tidur menjadi lelap.

Hormon melatonin (N-acetyl-5-metoksitriptamin) merupakan hormon pengatur utama seluruh hormon yang berfungsi mengatur dan memelihara (sistem jam biologi tubuh yang memegang peranan penting dalam mengatur saat untuk tidur dan bangun). Hormon melatonin sebagian besar dibuat oleh kelenjar pineal dan sebagian kecilnya dibuat di usus dan retina mata. Pengeluaran hormon melatonin dipengaruhi oleh cahaya lingkungan dan akan selalu bertambah banyak jika manusia berada dalam lingkungan yang gelap dan suasana hening namun pengeluarannya akan berkurang oleh rangsangan luar seperti sinar yang terang dan medan elektromagnetik. Contoh medan elektronik ialah datang dari handphone, televisyen dan radio. Makanya kita perlu jauhkan benda-benda ini semasa sedang tidur.

Kadar melatonin secara berangsur-angsur meningkat dan mencapai puncaknya tepat pada waktu tengah malam dan kemudian berangsur-ansur menurun hingga 2/3 malam. Saat tertidur nyenyak, maka tubuh akan fokus bekerja untuk proses perbaikan kerosakan jaringan sel dan mengaktifkan kerja otak menjadi lebih optimal.

“Hai orang-orang yang berselimut, bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (darinya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya, Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya, bangun di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya, kamu pada waktu siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).” (al-Muzzammil : 1-7)

pada jam 3 pagi, Islam menggalakkan umatnya bangun melakukan qiamullail. Ini kerana pada jam ini badan telah cukup rehatnya dan bersedia untuk melakukan kerjanya. Jika setiap hari anda boleh tidur awal dan bangun awal, anda berada pada tahap kesihatan yang baik. Contoh kisah yang dapat menjadi panduan, Salahuddin Al-Ayyubi memilih tentera barisah hadapan dari tentera-tentera yang dapat tidur awal dan bangun awal. Manakala tentera-tentera yang masih berdengkur di 2/3 malam, akan disuruh menjaga binatang-binatang di sebalik bukit. Tidak kira lah tentera itu berbadan besar mahupun kurus, apa yang dicari oleh Salahuddin ialah tentera yang dapat tidur awal dan bangun awal. Ini menunjukkan bahawa dengan mendapat tidur awal dan bangun awal, akan mendapat kekuatan rohani dan juga jasmani

Islam telah lama memberitahu kita mengenai kesihatan tidur di malam hari. Rasulullah S.W.A telah lama mengajar kita supaya tidur di dalam keadaan yang gelap. Disebabkan itu mengapa Allah menetapkan kita supaya berehat di malam hari dari melakukan pekerjaan yang membolehkan kemerosotan sistem badan kita. Seperti yang telah saya tekan kan, jika anda mendapat sakit, ingat, muhasabah diri datangnya sakit itu disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Namun begitu, jika anda telah menjaga diri anda dengan betul, dugaan sakit tetap diberikan, ingat lah Allah sedang memuliakan anda.

No comments:

Post a Comment