tulisan

tulisan

Tuesday, December 13, 2011

Tarbiyah si mujahid kecil

Umur tarbiyah ku baru setahun jagung sedangkan umur sebenar ku sudah pun mencecah 21 tahun. ruginya diri ini kerana menghabiskan masa 20 tahun menjadi hamba kepada duniawi. rasa kerdilnya diri ini di hadapan Allah s.w.t. layakkah aku untuk bertemu denganNya mahupun bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. 20 tahun tanpa memahami tujuan utama hidup di dunia ini... sangat merugikan..

tidak mahu perkara sama berlaku pada adikku, Fahim Irsyad, sejak didalam kandungan lagi mama ku menerapkan ayat-ayat Al-Quran yang diperolehi menerusi buku 'Diari Hamil'. Diriku juga percaya anak kecil ini mampu mendengar segalanya dari dalam kandungan itu. Jadi, diriku juga cuba meletakkan earphone ke perut mama ku dengan yakinnya berharap Fahim akan mendengarnya. Jelas, setiap kali mama atau abah membaca Al-Quran, kami dapat merasakan yang Fahim diam sambil mendengar alunan ayat suci tersebut. Allah Maha Berkuasa. sejak dari dalam perut lagi Fahim telah ditarbiyah. Masha Allah.

 
kini Fahim sudah mencecah 8 bulan. saya amatlah mengikuti perkembangannya sejak dari umur 1 bulan lagi. melihat menerusi skype sahaja selama 7 bulan, cukup membuatkan saya sedar akan perubahan atau habit yang suka dilakukannya. Daripada habit yang suka menghisap jadi, bermain jari, sehingga ke habit suka membuat pelbagai bunyi keluar dari mulutnya. Subhanallah. kanak2 mudah untuk menerima sesuatu yang dilihat dari perlakuan abang-abang dan kakaknya dan kemudiannya mudah untuk meniru kembali.




Habit tersebut adalah perkara normal bagi semua bayi tetapi apa yang mengujakan saya adalah pentarbiyahan anak kecil ini. Apabila dari kecil lagi dia sudah didengari ayat-ayat suci Al-Quran, saya masih dapat melihat kesannya sekarang. Tiap kali azan berkumandang, Fahim yang sebentar tadi menangis boleh tiba-tiba diam dan dia pula bersuara seakan-akan turut mengalunkan azan. Apabila dibuka siaran tv Oasis ataupun Al-Hijrah yang selalu menayangkan zikir-zikir memuji kebesaran Allah, dia juga turut sama bersuara, berzikir sama. Masha Allah. Tenang hati ini mendengarnya. Dengan harapan pertarbiyahannya tidak berhenti apabila dia meningkat dewasa, saya cuba membiasakan dirinya melihat atau memperdengarkan ayat-ayat suci ini dan cuba menghindarinya dari melihat cartoon ataupun cerita-cerita yang tidak berfaedah. Semoga Allah terus melindungimu Fahim Irsyad, orang yang memahami petunjuk. 


Tuesday, December 6, 2011

Rahmat si anak kecil.

Buat pertama kali setelah 8 bulan berada di Australia saya menemui adik bongsu saya, Fahim Irsyad. Keluar dari arriving gate, saya menatap wajah Fahim dan terduduk sambil ketawa. Tidak percaya bahawa adik kecil yang didukung oleh mama itu adalah adik bongsu saya yang baru lahir bulan 3 tahun ni. Selepas salam mama dan abah, saya terus menciumnya dan cuba untuk meraih perhatiannya. Ramai orang tertanya-tanya sama ada Fahim menangis atau tak apabila melihat diri saya buat pertama kali. Jawapannya tak! Fahim kenal kakak dia yang dia selalu lihat through skype. Abang-abang Fahim yang jeles je akan cakap Fahim nangis. Sukanya hati ku ya Allah. Fahim langsung tak menangis malah dia tersenyum melihat saya dan yang kelakarnya dia tak berkelip-kelip merenung akaknya. Mungkin dia fikir "macam pernah je lihat muka kakak ni". Ye, Fahim. muka ni lah yang selalu kamu lihat kat skype sepanjang akakmu ini berada di Adelaide. Sepanjang berada di sisi keluarga ni, memang diakui, saya lebih tertumpu dalam menjaga Fahim kerana ini sahajalah waktu yang saya ada sebelum pulang kembali sebagai pelajar sepenuh masa di Adelaide sana. Jadi, seboleh-bolehnya saya gunakan masa ini untuk belajar menghargai anak kecil ini dan cuba untuk menerapkan sunnah dan hadis tentang anak-anak kepada Fahim.




Rahmat dan kasih-sayang Allah juga dapat dimiliki melalui kasih-sayang yang kita berikan kepada anak kecil. Inilah sebahagian hadis dan sunnah Rasulullah berkaitan anak kecil.

1. Abu Hurairah berkata, bahawa Nabi mencium Hasan bin Ali di mana ketika itu terdapat di sampingnya Al-Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-Aqra berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah kucium. Mendengarkan kata-katanya itu, Rasulullah memandangnya dengan rasa hairan lalu bersabda: Barang siapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi.

2. Satu rombongan orang Arab telah datang menemui Rasulullah. Mereka bertanya: Adakah kamu semua mencium anak-anak kamu?
Di antara mereka ada yang menjawab: Ya. Sebahagian daripada mereka menjawab, tetapi kami, demi Allah tidak pernah mencium mereka.
Mendengarkan kata-kata di antara mereka itu baginda Rasulullah bersabda: Adakah aku berupaya mencegah sekiranya Allah mencabut rahmat (kasih sayang-Nya) daripada kamu sekalian.

3. Dalam sebuah hadis daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah pernah mengambil anaknya yang bernama, Ibrahim lalu menciumnya.

4. Menurut keterangan sebuah hadis lain, hadis daripada Al-Barra’ bin Azib ia menyatakan bahawa dia pernah bersama Saidina Abu Bakar pada mula-mula ia datang ke Madinah dan berkunjung ke rumah Aisyah. Didapati bahawa Saidatina Aisyah kelihatan terbaring kerana diserang demam panas. Ia melihat Saidina Abu Bakar datang mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaanmu wahai anakku, sambil mencium pipinya.

Sungguh, rahmat Allah ada pada si kecil yang padanya bersih suci dari dosa.

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)