tulisan

tulisan

Tuesday, November 6, 2012

Sesaat kita terleka...

Sejak belakangan ni banyak terpampang di skrin laptop berkenaan ideologi-ideologi yang pelbagai, yang terus menerus mencabar kesyumulan ISLAM itu sendiri.
Kali ni terdetik untuk berbicara tentang isu lagu Jaclyn Victor 'Harapan Bangsa' yang mendapat perhatian dari seluruh genap masyarakat. Dipetik dari ISMAWEB :

 BANGI – ISMA menyifatkan penyebaran klip video lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor secara terbuka sebagai satu provokasi yang tidak sepatutnya berlaku. Menurut Naib Presiden 2 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni ketika ditemubual wartawan TV ISMA, pihak terbabit perlu berbalik kepada hasrat asal mereka yang ingin mensasarkan lagu tersebut hanya kepada golongan Kristian Sabah dan Sarawak dan tidak perlu disebarkan secara umum yang mampu menimbulkan kemarahan umat Islam. 
Beliau berkata, pelbagai tafsiran timbul berikutan isu yang berlaku seperti apa motif sebenar penyebaran tersebut dan adakah pihak terbabit tidak mengetahui akan sensitiviti umat Islam terhadap perkara sedemikian. Lagu ‘Harapan Bangsa’ itu dirakam sekitar tahun 2007 dan dicipta oleh seorang paderi khusus untuk penganut agama Kristian. Lirik lagu tersebut menggambarkan umat Islam turut melakukan apa yang disembah oleh penganut agama Kristian menerusi lirik ‘setiap suku, setiap kaum, dan setiap bangsa, kan menyembah di tahta (takhta) mu’. 
Jelas Ustaz Fauzi, semua pihak di negara ini perlu menghormati perlembagaan, status quo dan konsep negara yang secara realitinya meletakkan Islam sebagai agama negara. “Dalam konteks negara kita, ini sebenarnya suatu yang sensitif sebab dia mencabar status quo. Walaupun masyrakat majmuk, tapi negara ada konsep yang mesti dihormati.” Ustaz Fauzi menegaskan bahawa perkara ini seolah-olah satu cubaan untuk menyebarkan fahaman pluralisme agama yang membawa fahaman menyamaratakan semua agama dan usaha sebegini seharusnya ditentang.   

Ada yang menyangka betapa remehnya isu ini sehingga ianya tidak perlu diperbesar-besarkan jika dibandingkan diluar sana yang masih banyak lagi isu umat Islam yang perlu diutamakan...

Ada yang yakin bahawa iman mereka tidak akan dirobek dengan hanya mendengar lagu picisan ini..

Ada yang menyangkal bahawa lagu gereja ini tidak mampu untuk mempengaruhi umat Islam andai sudah kukuh aqidah dalam hati mereka...

Ada yang menyatakan bahawa badan-badan NGO Islam kurang menjalankan kerja dakwah mereka sehingga menyebabkan umat Islam lain dengan mudahnya mengikut ideologi-ideologi ini.

Betapa yakin kah kita bahawa lagu ini tidak mempengaruhi kita beragama Islam ini?

Sejauh mana kita yakin bahawa iman kita cukup kuat untuk menolak atau tidak terpengaruh dengan perkara2 yang mungkin dianggap remeh sedangkan Allahlah yang memegang hati kita..

Benar..

Andai kita yakin AQIDAH kita dah cukup kuat, sukar utk sesuatu perkara itu mempengaruhi kita..

Namun, sedarlah..

Bahawasanya IMAN ada turun naiknya..
Andai kita terleka walau sesaat, dengan pantasnya syaitan akan menyeludup masuk ke dalam hati kita..

Firman Allah s.w.t : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ” (Surah Al-Ankabut : 2,3) 

Bayangkan..
Jika lagu biasa pun kita mudah untuk hafal apabila mendengar berkali-kali..
Inikan pula lagu yang berunsur kristian..

Syaitan akan terus menerus mencucuk kita..
Sedangkan Allah sendiri telah nyatakan dalam Al-Quran bahawa jangan kita menghampiri zina..
Kerana Allah tahu perbuatan-perbuatan yang pada kaca mata manusia tidak memberi apa-apa mudarat, akhirnya akan menyebabkan manusia itu sendiri terjerumus ke dalam zina..

Samalah juga dalam konteks ini..
Mungkin hari ini kita nampak lagu ini tak memberi mudarat pada kita..
Tetapi, esok lusa bagaimana?

Pernahkah kita terfikir tentang orang lain?
Adakah kita yakin mereka pun kuat seperti kita?
Tidak risaukah kita apabila anak-anak pulang dari sekolah dan menyanyikan lagu gereja dihadapan kita?
Itulah dakyah mereka.. serangan pemikiran lebih berbisa dari serangan fizikal..
Tidak nampakkah kita?

Sesaat kita terleka..

Saturday, October 27, 2012

Saturday, September 1, 2012

'Assignment' Allah





Minggu ni rasa penat.
Tak pernah rasa penat macam ni.
Selama buat course architecture ni, minggu ni lah paling teruk rasa.
Dengan 4 submissions berturut-turut.
Ditambah lagi dengan batuk+selsema yang tak berhenti-henti.
Mungkin sebab badan tak cukup rehat.
Sakit pun makin menjadi.

Pelik.
Bila memikirkan kembali.
Malu pun ada.
Baru sedar.
Kita punya la bersungguh-sungguh.
Berusaha menyiapkan assignment.

Assignment yang lecturer bagi.
Berdoa minta dipermudahkan.
Moga cepat siap.
Moga dapat result bagus.

 Tapi....

Bila tiba masa 'assignment' Allah bagi.
Banyak pula alasan.
Banyak pula kerenah.
Banyak pula merungut.
Seboleh-bolehnya nak elak dari hadapinya.
Berdoa moga dielakkan dari terima 'assignment' tu.

".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." ( Yusuf :12) 

Tak malu ke?
Minta pada Dia yang memberi kita assignment.

Cuba bayangkan.
Jika kita minta lecturer kita jangan bagi kita assignment lagi.
Apa agaknya reaksi lecturer tu?
"macam mana nk berjaya, kalau awak tak buat assignment?"

Macam mana nk masuk syurga kalau awak tak hadapi 'assignment' Allah bagi?

 "Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (At-Taubah : 111) 

Risau?
Takut tak mampu?
Lecturer pun tahu kemampuan kita.
Sebab tu dia pun bagi assignment mengikut apa yg kita faham.

 " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," (Al-Baqarah : 286) 

Allah lagilah faham.
Faham kerenah hambaNya.
Bukan setakat luaran je.
Hati kita pun Allah tahu.

 " Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman," (Al-Imran : 139) 

 Lagi hebat dari lecturer kita, ye dak? 

"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal." (At-Taubah : 129)